Tab Menu 9

Khamis, 15 September 2005

Sekapur Sirih

Puan Hjh. Norishah Binti Harun
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka.


Secangkir Tinta, Seluhur Bicara

Selaras dengan kemajuan ilmu pengetahuan, sederas pecutan ICT dunia, warga SKBB begitu juga hendaknya. Dalam kesempatan yang ada , penubuhan blog SKBB akan memberi ruang dan peluang bukan sahaja kepada semua warga sekolah tetapi harapan besar adalah kepada semua pelanggan blog agar dapat menitip bicara yang ikhlas dan mengenali lebih dekat SKBB.


Tahniah kepada AJK ICT yang dapat memaparkan ruangan blog ini agar SKBB seiring selangkah dengan institusi yang lain. Bertepatan dengan visi dan misi SKBB yang makhu menginjak dari yang lama ke alam perubahan positif yang lebih mencabar. Bukan sahaja perlu diperturunkan ilmu kepada anak-anak didik bahkan tenaga pendidik yang ikhlas dan berdaya saing.


Oleh itu, harapan agar dengan ruangan blog ini dapat memberi impak yang besar kepada semua.


Sekian, terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan