Tab Menu 9

Khamis, 28 Januari 2010

MERENTAS DESA

Teknikal sedang memacak tanda Chek Point
23 Jan. 2010- SK Bukit Baru sekali lagi pada tahun ini telah mengadakan acara Merentas Desa. Acara ini bermula seawal 8.00 pagi dengan aktiviti senaman sebelum murid-murid berlari.

Penglibatan murid dalam acara ini amat menggalakkan. Larian ini telah dilepaskan oleh barisan pentadbir SK Bukit Baru mengikut aliras kelas murid.
Murid-murid bersedia untuk dilepaskan
Jarak untuk larian ini adalah 5.5 KM dan murid terpaksa berlari melalui kampung kemudian akan melalui taman pula. Sebanyak 9 Chek Point telah disediakan dan dijaga oleh guru-guru.

Sewaktu larian berlangsung,  terdapat sedikit halangan yang menyebabkan larian murid terhenti seketika ekoran dari lori tanah yang melalui kawasan larian murid. Namun, masalah ini dapat diatasi dengan mengubah laluan murid agar tidak melalui jalan yang digunakan oleh lori tanah yang ulang alik di situ.
Larian tamat pada jam 10.30 pagi di mana, semua murid yang menyertai larian ini telah sampai ke sekolah dengan selamatnya.
Selepas itu, acara penyampaian hadiah diadakan. Kehadiran Naib Yang Dipertua PIBG Dr. Razali telah memeriahkan lagi majlis pada hari itu.
Setiap aliran kelas diperuntukkan 10 pemenang lelaki dan perempuan. Jika dilihat dari mata kasarnya pada larian ini, murid dari rumah sukan Mahmud Shah telah banyak memenangi medal.
Satu permulaan yang baik untuk rumah Mahmud Shah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan