Pada 3 Jun yang lalu, satu rombongan pelajar dari Corporation Primary School Singapore telah berkunjung ke SK Bukit Baru untuk berkongsi ilmu dalam bidang cara pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Malaysia.
Rombongan ini terdiri daripada 30 orang murid dan diiringi oleh 3 orang guru. Pada mulanya mereka memaklumkan akan sampai ke SKBB pada waktu tengah hari, namun, atas sebab2 tertentu mereka telah menukar waktu kedatangan mereka ke awal pagi.
Sedikit persiapan telah dilakukan untuk menyambut kedatangan mereka. Murid yang terlibat sama dalam P dan P yang dijalankan ialah murid tahun 5 Amanah. En. Abdul Fattah telah diamanahkan untuk menjalankan proses P dan P Bahasa Melayu bersama mereka.
Selepas aktiviti P dan P berlangsung, murid2 dari SKBB dan Singapore pula bersama melakukan aktiviti luar kelas dengan mengadakan aktiviti permainan tradisional. Permainan ini dibimbing oleh Pn. Yasmen, Pn. Arbaiyah dan Tn. Hj. Mahfot.
Rombongan murid-murid dari Singapore ini berasa sangat bertuah kerana dapat mempelajari serba sedikit tentang kebudayaan di Malaysia. Rombongan ini bertolak balik pada pukul 11.00 pagi. Sesungguhnya kedatangan mereka telah memberi satu kredit lagi kepada SKBB dalam usaha untuk memcapai sekolah cemerlang pada tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan