Tab Menu 9

Rabu, 14 Julai 2010

LAWATAN RPS SINGAPURA KE SKBB

Bertarik 2 Julai yang lalu, SK Bukit Baru sekali lagi telah dikunjungi oleh pelancong dari luar negara iaitu dari Rivervale Primary School Singapura. Kunjungan mereka pada kali ini ke SK Bukit Baru adala anjuran Bahagian Promosi Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Ketibaan rombongan ini ke SK Bukit Baru tepat pada pukul 9.30 pagi dan telah disambut oleh barisan pentadbiran, guru dan murid serta pegawai dari JKM, JPM serta Pengerusi Hotel Naza Melaka.
Rombongan ini disertai oleh 20 orang guru dan 100 orang murid. Sebelum dibawa ke dewan, rombongan ini terlebih dahulu disajikan dengan tarian dondang sayang sebagai mengalu-alukan kedatangan mereka.
Selepas itu, mereka dibawa ke dewan SKBB untuk mendengar taklimat daripada pihak pentadbir sekolah dan pegawai JPM.
Rombongan ini juga berkesempatan untuk menyaksikan tayangan tentang profile SKBB dan seterusnya bersama-sama dengan juruhlatih tarian dari Institut Seni Malaysia Melaka untuk belajar serba sedikit tarian tradisional yang ada di Melaka.
Selesai mempelajari tarian, rombongan ini dibawa pula meninjau persekitaran serta prasarana yang ada di SKBB.
Acara kemuncak lawatan mereka ini adalah jamuan makan di mana rombongan ini telah dihidangkan dengan makanan tradisional seperti karipap, kuih koci, roti jala dan yang paling menyeronokkan mereka apabila turut dapat menjamah buah durian yang disumbangkan oleh pihak Hotel Naza selaku tempat penginapan mereka.
Selepas itu, pihak sekolah bersama dengan rombongan mengambil gambar beramai-ramai sebelum bertolak balik ke Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan