Tab Menu 9

Rabu, 5 Januari 2011

Program Latihan Melintas Jalan Selamat Murid-Murid Tahun 1

Satu program Latihan "Melintas Jalan Dengan Selamat" telah dia adakan pada:
Tarikh    : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa     : 10:30 hingga 11:00 pagi
Tempat  : Laluan Melintas Jalan antara SK Bukit Baru dan Sekolah Agama JAIM Bukit Baru
Anjuran  : Unit Keselamatan & Kecemasan SK Bukit Baru dengan kerjasama Guru-Guru Tahun 1 dan Pekerja Sekolah
        
             Program ini dilaksanakan bagi mendedahkan murid-murid baru untuk menjaga keselamatan diri ketika melintas jalan terutamanya ketika hendak ke Sekolah Agama JAIM dan melintas ke sekolah. Murid-murid tahun 1 juga dilatih menggunakan lampu isyarat pejalan kaki dengan betul.
            Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pekerja-pekerja sekolah dan guru-guru tahun 1 yang telah membantu pihak Unit Keselamatan & Kecemasan Sekolah melaksanakan program tersebut.
            Mudah-mudahan SK Bukit Baru dan warganya sentiasa selamat di dalam lindungan ALLAH. InsyaALLAH....

 Taklimat diberi sebelum melintas

Tertib anak-anak ini melintas


 Perbincangan dengan Pak Akob (pakar melintaskan murid)

 Kembali ke kelas selepas melintas

 Beratur elok-elok ya...

Teruja anak-anak ini ya...

 Keselamatan anak-anak didahulukan

 Sabar ya anak-anak....

 Di sebelah Sekolah Agama JAIM...

 Hati-hati ya ketika melintas semula...

 Seronok melintas jalan ya...

 Menunggu lampu pejalan kaki bertukar hijau 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan