Tab Menu 9

Jumaat, 18 Februari 2011

Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Bukit Baru telah diadakan pada:

Tarikh:  18 Februari 2011
Tempat: SK Bukit Baru dan sekitar Kampung Bukit Baru

Sambutan ini diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Majlis telah dimulakan dengan tazkirah mengenai junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. oleh Al-Fadhil Ustaz Mahfot  bin Rahmat. Seterusnya, satu pantomin telah dipersembahkan oleh murid-murid tahun 2 dengan bimbingan guru-guru agama. Hadirin terpegun seketika apabila dengan tiba-tiba pencerita kisah mengalirkan air mata. Namun ia telah berjaya ditenangkan oleh guru-guru. Mudah-mudahan kita akan sentiasa mengenang kisah dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dan mengamalkan sunnahnya...
 Jalan elok-elok ya nak...

 Abang-abang macho

 Ikutlah sunnah Rasulullah ya murid-murid

 Khusyuk cikgu-cikgu kita mendengar


 Perbincangan 2 orang kuat disiplin

Perhati apa tu, cikgu ? 

 
 Pelakon-pelakon cilik kita

 Syahdu pencerita pantomin kita 


 Barisan pelakon kita


Bersemangat anak-anak kita berselawat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan