Tab Menu 9

Isnin, 2 April 2012

SKBB Juara Kalam Jamaie Melaka Tengah!

Tahniah diucapkan kepada anak-anak Kalam Jamaie SK Bukit Baru kerana telah berjaya mempertahankan kejuaraan untuk kali ketiga berturut-turut sebagai Johan Kalam Jamaie di dalam Festival Kalam Jamaie (SR) Peringkat Daerah Melaka Tengah pada hari Khamis yang lepas.

Festival tersebut yang berlangusng di Dewan SK Tanjung Minyak telah menyaksikan penyertaan daripada 18 buah sekolah rendah di sekitar Melaka Tengah. Kumpulan ini diketuai oleh Ustazah Maznah Harun juga melibatkan murid-murid dari Tahun 2-5.

Kemenangan ini akan melayakkan SK Bukit Baru ke peringkat negeri pada 5 hingga 8 April 2012 di MITC, Ayer Keroh bersempena Karnival Pendidikan Melaka 2012.

Peserta dari SK Bukit Baru

2 ulasan: