Tab Menu 9

Sabtu, 19 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Pada 16 Mei yang lalu, SK Bukit Baru telah menyambut Hari Guru peringkat sekolah. Acara dimulakan dengan bacaan Yassin dan Doa Selamat oleh Tuan Haji Faizul Hidayat. Acara diteruskan dengan bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran oleh Puan Hjh Zaharah Shafee. Diikuti dengan ucapan daripada Datin Hjh Norishah, Guru Besar SK Bukit Baru.


Kemudian, guru-guru SK Bukit Baru menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan lagu tema Hari Guru 2012 serta bacaan ikrar Hari Guru.


Acara diteruskan dengan penyerahan cenderahati daripada Badan Pengawas kepada para guru. Kemudian, sukaneka dijalankan dengan permainan Bola Jaring oleh guru lelaki dan futsal untuk guru perempuan. 
 




Selepas waktu rehat, acara diteruskan dengan persembahan oleh murid-murid dan guru-guru. Persembahan murid yang terdiri daripada murid Tahun 6 sangat menghiburkan dan berjaya menarik perhatian. Persembahan daripada petikan filem Bujang Lapok telah berjaya dilakonkan dengan baik.

Persembahan daripada guru juga menghiburkan. Usaha 2 orang pengembara mencari mahaguru tanpa lelah berjaya mencuit hati penonton.


Selepas tamat waktu persekolahan, satu majlis jamuan diadakan. Di dalam sesi itu, acara penyampaian cenderahati dijalankan dan sesi bertukar-tukar hadiah.


Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik di Photobucket SK Bukit Baru atau layari Page Facebook SK Bukit Baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan