Kumpulan marhaban ini dipimpin oleh En. Hazman b. Abd. Aziz dan dibantu oleh guru-guru Tahun 6 yang lain. Tujuan program mahraban ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menambah kutipan tabung Tahun 6 bagi memudahkan aktiviti dijalankan.
Walaupun baru dua tahun program ini dijalankan, namun, sambutan masyarakat kampung sangat membanggakan. Ini terbukti dengan jemputan yang diterima dan sumbangan yang diperolehi.
Semoga apa yang dilakukan ini bukan sahaja mendapat keberkatan daripada Allah SWT malah dapat juga membina modal insan dikalangan murid yang bakal menjadi pewaris dan penyambung generasi akan datang.
Gambar Suasana Marhaban
Tiada ulasan:
Catat Ulasan