Tab Menu 9

Rabu, 29 Julai 2009

SKBB Raih Gangsa


21 Julai 2009 yang lalu, iaitu bersamaan dengan hari Selasa minggu lepas, sekolah kita ada menghantar lima orang wakil bagi perlawanan bola jaring peringkat Kawasan Ayer Keroh. Perlawanan bola jaring tersebut diadakan di padang SMK Bukit Baru tepat jam 2.30 petang pada hari berkenaan. 

Lima orang wakil yang dimaksudkan tersebut terdiri daripada tiga orang pemain tetap dan dua orang lagi pemain simpanan. Perlawanan kali ini agak berlainan jika dibandingkan dengan perlawanan bola jaring yang biasa kerana ia hanya memerlukan 3 orang pemain sahaja. Secara formalnya ia disebut "3 on 3" di mana, hanya posisi GA, GD, dan C sahaja yang diperlukan.

Setiap perlawanan memakan tempoh masa 15 minit sahaja iaitu 5 minit perlawanan, 5 minit rehat, dan 5 minit perlawanan.

Pada awalnya, sekolah kita berentap dengan pasukan lawan dari SK Paya Dalam, dan alhamdulillah pasukan sekolah kita berjaya dalam perlawanan pertama ini. Walau bagaimanapun, pasukan kita kalah di tangan SK Peringgit, dan SK Demang Hussin. 

Berjaya menjaringkan gol semasa berlawan dengan pasukan dari SK Paya Dalam.

Namun begitu, kami semua amat bersyukur kerana kami dapat mengalahkan pasukan dari SK Batu Berendam lantas memegang Pingat Gangsa dalam perlawanan bola jaring ini. Alhamdulillah. 

Apa pun, semoga pasukan sekolah kita dapat meraih kejayaan yang lebih baik daripada ini di masa-masa akan datang. Siapa yang bersungguh-sungguh, dia yang akan berjaya. 

Di bawah ini merupakan beberapa keping gambar yang berjaya ditangkap semasa sesi perlawanan dijalankan.

Semua yang terlibat dalam perlawanan mengambil tempat. Masing-masing peka dengan keadaan sekeliling. Guru-guru pengiring bersorak untuk memberikan sokongan kepada pasukan SK Bukit Baru. Ber"bip" hitam, itulah pasukan kita.

Selepas perlawanan pertama, semua tarik nafas lega dan bersyukur. Alhamdulillah. 

Aik. Menyengih je semua. :P

Huda sempat menunjukkan "peace".

Filza dengan senyuman manisnya. Diam-diam ubi berisi.

Faten dengan mukanya yang serius. Ish. Senyumlah sikit.

Acara memanaskan badan sebelum perlawanan seterusnya dimulakan. Chaiyok~ Chaiyok~! SK Bukit Baru Boleh!

Berdiri (dari kiri) : Cikgu Raihana (Guru Pelatih), Cikgu Arba'yah (Guru Penasihat Persatuan Bola Jaring), Puan Norishah (Guru Besar SK Bukit Baru), Cikgu Maznah 

Duduk (dari kiri): Nani, Filza, Faten, Huda, Raiha

Tukang ambil gambar (hehe): Cikgu Azlina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan