Tab Menu 9

Isnin, 10 Ogos 2009

Lawatan ke SK Sultan Ahmad Tajuddin

Apa itu yang dikatakan sekolah kluster? Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikannya seperti berikut:-

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

(Diambil dari laman web Sekolah Kluster)

Untuk menghayati dengan lebih mendalam tentang sekolah kluster, guru-guru SK Bukit Baru telah mengambil langkah terbang ke negeri pantai timur. Mereka diberi peluang melawat salah sebuah sekolah kluster iaitu SK Sultan Ahmad Tajuddin.

Video di bawah ini mengandungi koleksi gambar-gambar yang berjaya ditangkap sepanjang lawatan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan