Tab Menu 9

Isnin, 7 September 2009

Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2009

         Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diadakan pada hari esok, Selasa bersamaan dengan 8 September 2009. Semua murid Tahun 6 sibuk dengan persiapan akhir untuk peperiksaan esok. Ada juga di antara mereka yang pergi berjumpa guru-guru untuk bersalaman dan meminta supaya usaha mereka diberkati.

         Semoga semua murid Sekolah Kebangsaan Bukit Baru dapat menjawab semua soalan UPSR nanti dengan tekun dan tenang. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Jasa guru hanya Allah yang membalasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan