Tab Menu 9

Sabtu, 21 November 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU SKBB

Melaka, 20 Nov. Kelab Guru SKBB telah mengakan jamuan akhir tahun pada tahun ini bertempat di Hotel City Bayview. 

                    Cikgu Zulcafli sedang mengacarakan majlis   Bacaan doa oleh Ust. Faizul
Jamuan Hi Tea yang diadakan ini bertujuan untuk melapangkan minda guru-guru dan staf sekolah setelah bertungkus-lumus selama setahun bekerja menaikkan nama sekolah.

Ucapan Pengerusi Kelab

Ucapan terakhir sebelum meninggalkan SKBB

Dalam jamuan Hi Tea yang diadakan ini juga, 3 orang guru yang akan berpindah pada tahun hadapan telah diraihkan. 

Perpindahan ketiga-tiga orang guru ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Apa yang menyedihkan pihak sekolah, ketiga-tiga guru ini merupakan guru Bahasa Inggeris.


Pn. Hazura & Pn. R. Fatimah juga turut membuat ucapan terakhir sebelum meninggalkan SKBB
Bagi mengenang jasa guru tersebut, AJK kelab menyediakan secubit buah tangan untuk kenang-kenangan.

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada guru yang berpindah 
Dalam kegembiraan menghadiri jamuan ini, Guru Besar juga berkesempatan menyampaikan sedikit ucapan untuk merangsang dan memberi semangat kepada semua guru dengan memberi contoh kejayaan-kejayaan yang dicapai pada tahun ini.




   Suasana Semasa Jamuan


                            macam tak selera makan je......     jaga2 makan sate tu, nanti tecucuk mulut
ganasnyer dorang makan ni....he3


  aik....apasal tutup muka tu?malu ker..  Jejaka kuat makan....hehehe

cikgu Asri ni kalau bab makan cepat je yer......


kenapa temenung tue? ingat beg tangan ker?  

                                  hah.....dah kantoi                   wajah-wajah ceria orang kuat pejabat    

 
 
 
 
gambar kenang-kenangan sebelum berpisah
          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan