Tab Menu 9

Khamis, 19 November 2009

SK BUKIT BARU MELETUP.......!!!!!!!!!!





19 Nov.- SK Bukit Baru, telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila buat pertama kali dalam sejarah penubuhannya dengan keputusan UPSR yang diumumkan meletup dan menggegarkan seluruh bumi Bukit Baru.


Tahun ini seramai 27 orang murid tahun 6 telah berjaya mendapat 5A dan 11 orang mendapat 4A 1B. Keputusan yang memeranjatkan ini telah membuka mata semua pihak bahawa budak kampung pun boleh berjaya kalau diasah.

 Selain itu, SK Bukit Baru juga telah diumumkan sebagai sekolah yang mencatat peningkatan tertinggi bilangan 5A peringkat negeri oleh JPNM.

Keputusan ini telah disambut gembira oleh semua warga SK Bukit Baru  Khususnya barisan pihak pentadbir dan guru-guru tahun 6 serta ibu bapa yang hadir.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil penat lelah semua guru SKBB selama 6 tahun menyemai benih, menanam dan seterusnya mendapatkan hasil yang lumayan.

Ibu bapa juga merupakan pemangkin yang kuat kepada murid-murid ini untuk berjaya. Ini kerana, tanpa sokongan mereka sudah pasti anak-anak ini tidak akan menjadi.

Ibu bapa turut bergembira dengan kejayaan anak mereka


Tangisan kejayaan........
sebahagian daripada murid yang mendapat 5A menangis dengan kejayaan yang mereka perolehi

antara yang berjaya mendapat 5A, pasangan kembar Hani Nadiah & Hani Nadirah
 
Bapa kepada adik Nurarif melihat keputusan 5A yang diperolehinya.

antara hero lelaki SKBB yang mendapat 5A
Dari kiri : Fakhrul Adli, Aimi Aizat, Marwan & Ridhwan

Anak Ustazah Norhamidah (Izzat) berjaya mendapat 5A


Ustaza Mardhiyah tersenyum gembira dengan kejayaan Mirza mendapat 4A 1B

Wajah-wajah gembira murid yang mendapat 5A

Sijil yang diberikan oleh JPNM
Sekalung tahniah kepada seluruh warga SK Bukit Baru dengan kejayaan yang dicapai ini dapat melonjakkan lagi nama SK Bukit Baru dipersada dunia pendidikan. Selaras dengan impian 2010 untuk Mencapai sekolah cemerlang.

1 ulasan:

  1. tahniah, tahniah dan tahniah noi, keep it up!!!

    BalasPadam