Tab Menu 9

Rabu, 31 Mac 2010

OLAHRAGA MSSMNM KAW. AYER KEROH

Ayer Leleh, 25 Mac - Kejohanan Olahraga MSSMNM Kawasan Ayer Keroh telah berlangsung di SMK Seri Kota pada 23-25 Mac yang lalu. Unit Sukan SK Bukit Baru telah menghantar beberapa orang atlit untuk menyertai beberapa acara yang dipertandingkan dalam kejohanan itu.

Pada tahun ini, kejayaan yang diperolehi telah merundum dengan hanya berjaya membawa pulang 2 pingat sahaja iaitu pingat Emas untuk acara Lontar Peluru Lelaki B12 dan acara 200m perempuan B12 untuk pingat gangsa. Keputusan yang kurang memuaskan ini memaksa ajk Unit Sukan untuk bekerja lebih keras lagi pada tahun hadapan untuk mengutip lebih banyak pingat seperti yang diperolehi pada tahun 2009 lalu.
 Wajah Wira dan Wirawati SK Bukit Baru yang telah membawa balik pingat ke sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan