Tab Menu 9

Jumaat, 2 April 2010

LDP (Seratus Kilometer Sejuta Ilmu)

PWTC, 27 Mac- Seramai 31 orang guru telah menjalankan LDP di PWTC Kuala Lumpur bersempena pesta buku yang berlansung selama lebih kurang sebulan di sana. Seawal 7.30 am lagi mereka telah berkumpul di sekolah untuk menaiki bas ke pesta buku tersebut.
Suasana dalam perjalanan sangat meriah dengan suara senda gurau dan hila tawa daripada guru-guru yang pergi. Seronok yang teramat sangat dapat pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sekolah `firts class`. Tepat jam 12.00 am rombongan ini sampai di PWTC.
Mereka terus menuju ke pintu utama untuk masuk ke PWTC melihat pameran buku tersebut. Kunjungan yang sangat ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat menyebabkan kesesakan berlaku di dalam dan luar pameran.





Setelah penat membeli belah, mereka berkumpul semula untuk menaiki bas dan bertolak balik ke Melaka. Sesungguhnya pengalaman pergi berkunjung ke pesta buku tersebut amat berharga dan tidak mungkin akan dilupakan. Walaupun hanya berjalan lebih kurang seratus kilometer namun mereka semua memperoleh sejuta ilmu yang tidak ternilai harganya.


Lagi Gambar.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan