Tajuk LADAP pada kali ini ialah 'Pembestarian dalam Penulisan Kertas Kerja'. Ceramah telah disampaikan oleh Pn Hjh. Norishah selaku Guru Besar. Tujuan tajuk ini dipilih kerana beliau mahu menyeragamkan penulisan kertas kerja untuk semua program yang telah dan akan dijalankan di sekolah ini. LADAP pada kali ini dihadiri oleh semua guru SK Bukit Baru.
Namun begitu, terdapat beberapa guru yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan kursus dan masalah peribadi yang tidak boleh dielakkan. Mereka yang tidak hadir ini akan dibekalkan dengan kerja rumah.
Program ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Pada sesi pertama iaitu jam 8.00 pagi, penerangan tentang cara membuat kertas kerja dilakukan. Selepas sesi rehat, guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum membuat bengkel penyediaan kertas kerja. Pada pengamatan, semua guru yang hadir bersemangat untuk membuat tugasan yang diberikan.Selepas selesai menyiapkan kertas kerja, Guru Besar menyemak hasil kerja dan program tamat pada jam 1.00 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan