Tab Menu 9

Rabu, 5 Mei 2010

SK Bukit Baru @ Mata Luar

Pada 21 dan 27 April yang lalu, SK Bukit Baru telah menerima lawatan daripada 80 orang Guru Basar MGB Daerah Petaling dan pelajar-pelajar dari Bangkok Thonburi University juga seramai lebih kurang 70 orang.
Kehadiran mereka ke sekolah ini sekali memperlihat bahawa kini SK Bukit Baru telah menjadi perhatian dan tumpuan bukan hanya dari dalam negeri bahkan juga dari luar negara.
Pemilihan mereka untuk datang ke sekolah ini sebagai lawatan penanda aras mereka, telah membuktikan bahawa SK Bukit Baru mempunyai kekuatan yang luar biasa kerana sudi menjadi bahan rujukan oleh mereka yang datang dari dalam mahupun luar negara.
Kami warga SK Bukit Baru amat mengharapkan kunjungan daripada saudara dan saudari dapat memberi banyak manafaat kepada tuan puan semua dan sebaliknya juga kami dapat belajar mengatasi segala kelemahan yang timbul demi memperbaiki sekolah ini dalam menuju sekolah cemerlang 2010.

CORAT CORET MGB Petaling................

CORAT CORET .........Thailand

Tiada ulasan:

Catat Ulasan