Tab Menu 9

Isnin, 5 Mac 2012

Jamuan Perpisahan En Mohd Yusof & Pn Zaida

SK Bukit Baru berasa sangat kehilangan apabila 2 orang guru yang berpengalaman luas telah berpindah keluar ke SK Tun Syed Ahmad Shahbuddin. Mereka ilah En Mohd Yusof dan Puan Zaida.

En Mohd Yusof yang merupakan Guru Cemerlang Matematik memohon untuk berpindah kerana rumah baru beliau terletak berhampiran dengan kawasan Durian Tunggal. Berpegang kepada prinsip tidak mahu sekolah terlalu jauh daripada rumah, beliau dengan berat hati memohon keluar daripada SKBB.

Puan Zaida yang merupakan guru Bahasa Melayu Tahun 1 sebelum ini mempunyai kelulusan dalam opsyen Prasekolah. Beliau diarahkan berpindah kerana keperluan untuk mengisi kekosongan guru Prasekolah yang baru dibuka di sana. 

Sempena dengan itu, majlis perpisahan secara sederhana telah diadakan di Bilik Sains Kasturi, SK Bukit Baru pada hari Khamis yang lalu. Guru Besar, Datin Hjh Norishah melahirkan rasa dukacita di atas perpindahan mereka berdua tetapi tetap menyokong perkembangan kerjaya mereka di tempat baru.

Semoga En Mohd Yusof dan Puan Zaida akan terus sukses di dalam kerjaya mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan