Tab Menu 9

Isnin, 2 April 2012

Penilaian Pertandingan PSS Peringkat Kebangsaan

Pada hari Isnin yang lalu, hakim bagi Pertandingan Pusat Sumber Sekolah telah hadir untuk menilai kecemerlangan PSS SK Bukit Baru. SK Bukit Baru merupakan calon tunggal daripada Negeri Melaka bagi pertandingan tersebut. 


Di dalam pertandingan tersebut, banyak kriteria yang diambil kira untuk melayakkan sesebuah sekolah untuk memenangi pertandingan tersebut. Ini termasuklah aspek terpenting iaitu dokumentasi melibatkan Pustakaan, Bilik Tayang, Pusat Akses, Bilik BBM dan Makmal Komputer. Persiapan rapi telah dibuat sejak penghujung bulan Februari yang lalu bagi memastikan SK Bukit Baru berjaya dalam pertandingan tersebut.


Pada hari berkenaan, dua orang hakim iaitu Encik Bachok dan Puan Rohana daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara telah sudi untuk menilai PSS SK Bukit Baru. Tuan Haji Khalid bin Takim dan En Abu Selihan  daripada BTPN Melaka juga telah sudi mengiringi hakim-hakim tersebut. 


 Semoga kemenangan pertandingan PSS ini akan berpihak kepada SK Bukit Baru. InsyaAllah  

Untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik di PhotoBucket SK Bukit Baru dan Koleksi Gambar Pemantauan PSS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan