Tab Menu 9

Jumaat, 27 April 2012

Pada 21 dan 22 April yang lalu, Unit Ko-Kurikulum SK Bukit Baru telah menganjurkan Program Perkhemahan Badan Beruniform 2012. Program ini melibatkan seramai 120 orang murid yang terdiri daripada 30 orang murid bagi setiap unit beruniform. Unit beruniform yang terlibat ialah Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Puteri Islam dan Badan Bulan Sabit Merah.






Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi 21 April lalu, diberi taklimat oleh Kem Komandan, Encik Khairuddin. Kemudian, kesemua peserta dibawa menaiki bas menuju ke Tapak Perkhemahan Ayer Keroh. Namun, aktiviti sedikit tergendala disebabkan hujan yang turun lebat.

Selepas hujan berhenti, aktiviti diteruskan dengan sesi taklimat oleh Pegawai Perhutanan mengenai penggunaan kompas. Kemudian, mereka melakukan aktiviti menjelajah di dalam kawasan hutan rekreasi tersebut atau jungle trekking disamping menggunakan kompas.

Setelah kembali ke sekolah, murid-murid dikehendaki memasang khemah di kawasan parking. Selesai aktiviti tersebut, murid diberi masa untuk aktiviti persiapan diri dan solat Maghrib berjemaah.

Pada waktu malam, aktiviti kesenian diadakan dengan setiap unit beruniform dikehendaki menghantar 3 orang wakil untuk Pertandingan Karaoke. Untuk memeriahkan lagi suasana, wakil guru juga dijemput untuk bernyanyi di dalam pertandingan tersebut. Di samping aktiviti kesenian, acara barbeque juga dijalankan secara bergotong royong.

Selepas jam 10.00 malam, murid dilepaskan untuk bermalam di rumah masing-masing sebelum aktiviti bersambung pada keesokan harinya.

Pada 22 April, pertandingan masakan dijalankan. Di dalam pertandingan ini, murid dikehendaki memasak makanan berasaskan maggi. Kemudian, acara penutup dan penyampaian hadiah pula diadakan.

Keseluruhannya, Unit Beruniform Pengakap mendapat tempat pertama, diikuti oleh Tunas Kadet Remaja Sekolah, ketiga oleh Persatuan Puteri Islam dan tempat keempat oleh Badan Bulan Sabit Merah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan